ASSALAMUALAIKUM
Dah berhabuk aku rase sebab dah lame tak tertbukak blog aku nih. Mohon maaf aku ucap *cewahh :D
mahu dengar aku nak cerita something? nak taknak aku kene cerita jugak sebab ni blog aku *ewah ewah, haha. sebenar benarnye aku tak mahu nak taip, sebab tangan tak larat tapi aku cube dan cube, ni pun 50-50 nak menahan. Tuhan saja yang tahu sakitnya. Ada rasa rindu tak? hehe, sekarang dah tepat pukul 1.00 pagi. Aku tak boleh tidur disebab kan petang tadi dari pukul 12.30 sampai pukul 3.00 aku terlentang kat atas katil. Nasib zohor masih sempat, time tuh terus aku bangkit dan ambil wuduk. Cerita pasal post ni, sebenarnya aku nak bagitahu yang aku sakit. Bukan untuk mengambil simpati atau meminta dikasihani.
Tidak parah nya pun sakit aku, tahu tak kayap? pernah kena? sakit kan? pedih kan? huh, tuhan saja yang tahu. Sapa yang tak tahu boleh tanya ibu, emak, mama (: Aku start kena hari isnin time sekolah pulak tuh, huh time nak tumbuh tuh yang sakit. Lagi lagi kalau terkena air ke hape. Hari semakin hari kayapnya semakin merebak dah jadi menggelembung. Mulanya aku pun taktahu nama nya kayap tau. Aku fikir melecur kee hape. Kawan kawan dorm dah mula risau diaorang suruh aku pergi klinik hari rabu, nak tak nak kena pergi. Demi diaorang jugak, karang berjangkit aku jugak disalahkan. hehe. Dokter cakap takde apape, dan bagi ubat sapu dengan ubat tahan sakit. Balik tuh aku terus sapu kat bahagian yang kena.
Umm, Esoknya makin bertambah dan bertambah. Aku biarkan sebab aku rasa akan membaik nanti. Hari khamis memang lagi bertambah banyak, menggelembung tuh dah jadi besar sampai nak jalan pun kena angkat tangan mcam orang patah tangan tau. Sakitnya jangan cakap lahh ._. malamnya aku ambil keputusan nak call emak, yelaa dah tak tahan...... Sumpah aku cakap kawan se dorm aku memang caring gila weyhhh, diaorang yang bagi aku semangat, diaorang yang sapukan ubat kat aku, diaorang yang jaga aku. Aku sayang korang (((: Aku call emak aku mula sebak, aku bagi kawan aku phone publik suruh kawan aku yang cakapkan. Bapak aku dengar terkejut dan dia kata nak ambik sekarang jugak. Mana boleh balik warden tak kasi sebab alasan tak kukuh rasanya.
Aku suruh abah ambil esok sebab esoknya aku nak pergi klinik lagi sekali sebab nak ambil mc. Kebetulan esoknya mak boleh ambik sebab mak kena hantar angah pergi makamah. Mak ambil kira kira pukul 3-4 macam tuh laa. Time tuh pulak aku ada koko. Nasib baik time tuh hujan semua kena himpun kat dewan. Senang sikit emak nak carik. Tunggu punya tunggu sampai terlelap aku, lepastu kawan aku boleh pulak berlari kat aku semata mata nak cakap yang emak aku datang. haha, adoii. Aku pun semangat, aku bangun dan terus pergi kat mak. Terkejut beruk aku bila semua dorm aku keluar sama. Tengok tengok dah ada kat belakang. Masing masing nak tengok abang aku. haha. dah salam semua aku pun nak balik. Untung aku sebab diaorang tak dapat balik tapi aku dapat. Faizin tidur sensorang kat katil! ni je mampu tulis, nak tidur. byeee~
