saya selalu tunggu mesej masuk dari awak SHABIR AKRAM.

semuanyaaaaaaa :*


ASSALAMUALAIKUM

Mariah Nasoha dah balik, hehe. Disebabkan aku menangis nak balik abah terus ambik aku dekat asrama. Ceritanya macam ni, hari sabtu (17.3.12) kat sekolah ada PIBG, mak bapak datang, tapi mak dengan bapak aku tak datang *sedih. Lagipun aku ada sekolah ganti, haih sekolah lain takde sekolah ganti pun -,- rajin betul nak buat sekolah ganti. Bagi lah chan kiteorang nak berehat. Pagi sabtu tuh macam biase bangun pagi dengan badan menggigil nya tapi aku mampu bertahan *rindu mak dengan abah sebenarnya. Rindu nak abah kejutkan pegi pergi sekolah. Sekarang nih bukan abah yang kejut, kawan sebilik yang kejut. Punye payah diaorang nak kejut aku bangun, tapi kalau abah yang kejut, sekali kate 'bangun' memang terus bangun sebab takut kena marah. Aaaaaaa, rindu semuaaaaaa tentang rumah! :((( *tsktsk. 

Pergi sekolah macam biasa, ikut jadual hari jumaat, memang sepenuh masa duduk kat bengkel. Ingatkan tak belajar hari ini sebab PIBG kan, cikgu cikgu mesti busy, tapiiiii, cikgu aku tak. Haihh, baru nak santai santai dengan kawan kelas. Balik sekolah pukul 12.30 (sekolah 1/2 hari). Balik dorm rehat rehat, mesej dengan buah hati, dapat call lagi tau, dia suruh call dia pukul 11 dan aku cakap insyaallah :DD hehe, rinduu! lepas dah otp semua terus aku terbongkang. Penat, pukul 6.00 petang baru tersedar. Huh, lame betul aku tidur sampaikan kawan aku menjerit terpekik pun aku tak sedar, betapa tidur matinya aku. Lepas solat asar aku terus call mak, and mak cakap........ waknah kena oprate dan aku terus nangis. Ingin aku tahan air berkaca di mata ni tapi tak mampu nak simpan. Aku suruh pass phone kat abah, dan aku dapat cakap dengan abah sambil tersedu sedu, rindu + sedih. Abah pun nangis bila cakap pasal waknah, aku tahu abah nangis, aku ni lagi lah bertambah nangis! 

Aku cakap kat adik yang aku nak balik, abah cakap abah tak sempat ambik sebab waknah dah nak oprate pukl 9.00 malam. Nak tahu kena oprate apa? oprate kaki kena potong bawah lutut. Astaghfirullahalazim, tak sangke, terkejut jugak bila mak cakap macam tuh kat aku, tuh yang sebak sangat. Dia sakit sebab kencing manis. Keluarga kitaorang memang rapat, kalau balik kampung memang balik rumah waknah je, mintak tolong apape pun kat waknah. Tuhan saja yang tahu apa yang aku fikir time tuh. Kawan kawan aku kat sebelah dok pujuk pujuk dari tadi aku buat tak layan, takut bertambah sebak. 

Solat maghrib kat surau sekali dengan solat isyak sampai pukul 9.00. Balik bilik kawan on phone tengok ada 7 misscall dari mak, aku mula call emak dan emak cakap........ abah nak datang ambik tengah otw!! Ya Allah sukanya aku. Aku terus berlari kat loker keluarkan baju baju masuk kan dalam beg, dengan kerja sekolah sekali aku angkut. Semangat wira betul mariah nasoha nih. Aku turun kat rumah warden blok perempuan, nak tahu warden cakap apa? dia tak benarkan aku balik. Bapak aku tengah otw dah sampai tanjung malim takkan aku nak suruh abah patah balik sebab warden tak bagi. Memang tak puas hati betul, aku call abah suruh abah pergi terus kat pejabat warden jumpa warden lelaki pulak, berharap warden benarkan. 

Punyelah kuat announsment dari pejabat warden panggil name aku macamni 'Assalamualaikum, perhatian kepada pelajar puteri yang bernama mariah nasoha binti kamaludin dari 4ppu, anda diminta hadir ke pejabat warden sekarang juga kerana bapa anda sedang menunggu' haaa kau, panjang lebar dia sebut. Malu nak turun bawah sebab semua budak lelaki tengah tengok wayang pacak kat depan pejabat warden tengok cerita wawa semput rasanya. Memang aku dah siap sedia pakai tudung, Aku bawak 2 kawan aku untuk teman aku pergi sama, takut ada apa apa. Memang excited aku bile nampak adik dengan kakak aku, terus aku salam dan cium tanda rindu. Kemudian baru salam abah, Alhamdulillah warden benarkan aku balik (': Aku patah balik untuk ambik barang barang aku. Goodbye kawan dorm, aku balik! haha. diaorang tak dapat penumbuk dari aku time tidur sebab aku takde, dan aku tak ngigau *muehehe. 

Sampai rumah pukul 12.00 malam. Aku basuh baju baju aku yang kotor dan terus tidur tanpa fikir apape. Emak tak ada kat rumah sebab jage tunggu waknah kat hospital. Yess, aku dapat pergi hospital esok tengok waknah :DD Ini saja yang dapat aku kongsi, tangan dah penat dah takda idea nak tulis. Mate pun dah ngantuk mase untuk tidur :*