Assalamualaikum
Lihat pada tajuk, oceyy. Sekarang nak cerita pasal PAS. Haaaaa, tahu tak apa benda nya tuh? Plaza Alam Sentral lahh. Hehe, saja nak bagitahu sebab nak tulis karangan panjang panjang. Pagi tuh dah tengok tv, pukul 12 kee lepas zohor tah aku ajak abah nak pergi pas. Tak kira abah kena bawak jugak, lega hati sebab abah nak jugak pergi. Abah kena denda sebab sekarang abah dah asyik dengan kerja dia dah mengalahkan PM tau, tapi PM adalah jugak cuti. abah dah hari hari kerja. Rasa sedih ada jugak sebab dah tak dapat keluar macam dulu ): nii pun sebab nak tahun baru lah kata kan~ Jalan jalan naik tingkat atas nampak tudung bawal, aku pun apa lagi belasah aja lahh, aku beli warna hitam dengan warna aptah yang macam kuning kuning jingga. Sememangnya aku tak handal dalam warna. okay, emak pulak sebuk dengan nak pergi beli kain kat nagoya, orang nak tempah lah katanya. Dah selesai beli kat bahagian atas, kita orang turun tingkat bawah. Aku bodek mak cakap nak beli key *sapu tangan. Tahu tak? alahhh, buat buat tahu aje lah sebab aku suka kumpul key tuh. kalau kat sekolah boleh dikatakan hari hari aku tukar warna. Tapi tulahhh, kalau basuhhh aje hilang kalau basuh aje hilang, tak tahu lah kalau rumah aku ini ada jin gondol yang suka mencuri. Lepastuh terjumpa kawan kakak aku, petang pukul 4 dia orang nak pergi berkayak, kita orang pun nak jugak pergi. Bodek abah, last last abah bagi :D
Sempat jugak aku tertidur sebab tidur lambat malam tadi. Bangun bangun tengok jam sudah pukul 4, abah bangun tidur marah marah. Katanya 'kata nak pergi tapi tak siap siap lagi, haa tak payah pergi lagi senang' haaaa, macam tuh lah. Byang kan macam mana bapak kau orang tengah marah lepas tuh cakap macam itu. Frust tak frust, aku terus bangun ambil tuala dan mandi, habis cerita. Kalau aku duduk diam lagi kat situ alamat nya semua orang tak akan bangun. Kena ada seorang yang bangun dulu baru yang lain ikut, hehe. Akiu kenakan baju kemeja jean, seluar warna cokelat dan tudungggg alaa tudung yang aku beli kat pas tadi yang warna kuning tuh. Tapi aku sempat basuh tau, tudung tuh nipis memang senang nak kering, sekali gosok pun dah kering. Tinggal emak aku yang belum siap, sedang belek belek baju kat almari sudah macam rupa gunung berapi nak meletup. Sekali usik semua baju jatuh, tuh kadang kadang aku takut nak carik baju kat almari emak, takut aku yang kena kutip balik sisa gunung berapi tadi -,-
Sampai kat Taman Tasik Shah Alam, kat situh kan ada untuk kayak, kakak aku pun pergi laa dengan kawan kawan dia. Yang aku dengan adik aku terkedek kedek jalan perlahan sambil tunggu bapak aku yang tengah parking kereta. Sempat jugak bergambar, hehe. Maklum lah, alahhh semua orang pun suka bergambar kut, nenek aku pun suka jugak.
Aku naik kayak dengan adik aku, kakak aku dengan kawan dia. Kawan dia ramai laa jugak tapi tak kisah pun. Emak dengan abah suka latuh dapat dating makan kat restoran yang ada kat situh kan, amboiiiii. Kayak punya kayak tangan pun dah sakit. Aku duk rilek dengan suruk adik aku yang kayuh *apatah namanya. Last last aku pun kena melenting dengan adik aku sebab dia dah penat, tukar giliran aku pulak. Ada lah jugak kita orang lumba lumba dengan kawan kakak aku, haha best gila. Kawan kakak aku pun sporting, okay latuh kan daripada dia je.
Perut nak mula meragam aku pun ajak kakak aku naik. Dah nak naik tuh kayak nya buat hal pulak goyang goyang, aduhhh malu pun ada kut. ada ramai pulak orang yang menunggu. Haha, bialah mereka. Janji aku tak terterjun dalam tasik tuh. Jumpa mak abah mintak duit dan order makan. Masa untuk balik. Ini sahaja cerita yang aku ada. Lain kali aku cerita lagi. Assalamualaikum ((: