saya selalu tunggu mesej masuk dari awak SHABIR AKRAM.

2013

ASSALAMUALAIKUM

NEW YEAR  rasa sekejap tak dah masuk 2013 ni. Bagaikan sebulan macam seminggu, seminggu macam sehari, sehari macam sejam, sejam macam seminit, seminit macam sesaat. Batapa capat nya masa, dan semakin hari kita rasa masa macam lari pecut. Astaghfirullah, kuasa Allah. Malam tahun baru cadang nak pergi kat Tanjung Harapan, entah dimana ikut sahaja kemana abah nak bawa kami seperti orang kena culik. Dalam hati 'ada ke bunga api kat tempat macam ini' sabo ajelah. jalan jalan kat sana. Ramai orang yang berpasangan kat sana, rasa jelous pun ada tapi perasaan itu aku buang jauh jauh. Pandangan aku tepat ke arah orang yang tengah pancing di laut, lihat saja mereka tengah tunggu ikan melekat di joran entah dari pukul berapa dia tunggu dan setia menunggu ikan. Sanbil itu aku terlihat gerai jual burger, bodek abah nak beli burger dan abah kasi duit. Abah kalau nak beli makanan dia tak kedekut tapi kalau benda lain nak beli susah sikit nak pujuk rayu *alahaii. 

Tepat pukul 12.00 *jeng jeng jeng. Ada pancaran bunga api, haha, pancaran tau. Dalam hati, aku tak habis habis sebut pasal azam aku tahun ni, mohon termakbul sebab azam aku tahun lepas lansung tak berhasil :/ sambil orang dok pandang ke langit tengok bunga api aku pun mula maju kedepan bagi nampak dekat sikit, yang orang lain dah siap tangkap gambar. Phone aku phone cikai yang mampu keluar kat phone aku cume torch light je~ lebih baik aku simpan dalam poket daripada aku malukan diri aku sendiri.