saya selalu tunggu mesej masuk dari awak SHABIR AKRAM.

14 November 2013

14 November 2013, Khamis. Tarikh yang aku akan ingat dan tidak akan pernah lupe. Tarikh tuh akan menjadi tarikh yang last aku jumpa dia kat sekolah. Sedihnya tuhan saja yang boleh jawab. Terimakasih kerana kau hadir dalam hidupku bagaikan pelangi yang indah. Kau yang membuat hari hari ku penuh dengan teka teki. KVSR tempat kita mula berkenalan dan akan ku ingat hingga hujung nafasku. Berkenalan denganmu sungguh membuatkan aku tertarik untuk mengenalimu. 

Tahun ini akan menjadi tahun terakhir aku dapat melihat kau di setiap pergerakanmu di sekolah ini. Mungkin kau tak sedar mataku ada di mana mana. Akan ku rindu saat saat atau detik detik yang muncul pabila kau tidak ada didepan mataku lagi. Sungguh aku rindu. Banyak kenangan yang hadir satu demi persatu. Yang pasti kenangan itu akan tersirat dalam hati. Akan ku ingat sampai bila bila, ingatlah. (16 May 2013)

Akulah si pemerhatimu di sekolah