Annyeonghaseyo.... selamat Pagi, accummmmmm *maaf, saya bersin dengan sengaja (': Pagi yang menyejukkan membuatkan aku terjaga dari tidur. Ada rasa rindu tak sama aku? Ya? Terimakasih. Haha. Aku rase sekejap jee mase, petang nanti aku dah nak balik asrama. Tahu tak, cuti sekolah nanti, kiteorang cuti seminggu je *tsktsk. Orang lain cuti 2 minggu. Tak aci................. radio saja yang menemani aku waktu ini. Aku nak keluar siang nanti, tapi tidak tahu nak pergi ke mane. Sangat membosankam~
Baru baru ni aku ade exam, Ehh, bukan exam pertengahan tahun tapi final exam bagi semester1. Fuhhhh, boleh tahan jugaklahh soalan die. Aku dengan budak kelas aku jawab kat Dewan akedemik. Yang ada kat kelas akedemik kelas pemesenan Am (pin), Kimpalan dengan Tppu kelas aku. memang tak selesa gile laa aku nak jawab exam. sebab apa? sebab banyak lelaki tahu. Nasib baik lah aku duduk belah tepi *selamat. Yang aku geram, semua kawan kawan aku jawab kat dewan. Aku rase macam ambik exam spm tahu tak! siap ada slip lagi, angka giliran, amboii, kemain lagi. Memang Nervous tahap gaban Bin Cipan........
Nii nanti aku balik, isnin nya ada exam amali pulak, amali bengkel. Aku Risau tak boleh buat je. Kena gegas pulak tuh, haiyyyo. Mampu ke aku buat? Kitaorang kena gegas macam potong besi something macam tuh lah, ikut dia nak sudut berapa, bentuk apa :0 Memang penat doh buat kerja tuh. Kena gergaji, kikir, gerudi (tebuk). Nasib baik aku dah belajar tebuk besi, hehe. Tapi spoil laa, dia bagi masa 2jam je? 2jam??? Taktahu sempat buat ke tak..... Byee~
