ASSALAMUALAIKUM ((:
selasa(29.01.2013) Tarikh aku masuk asrama *tsktsk. Aku bersedih seorang diri sambil memandang tepi tingkap kereta entah melayang sampai kemana. Hati mula rasa sebak nak tinggalkan keluarga, kawan kawan, rumah, semua nya lahh. Pagi dalam pukul 7.15 kami mula berangkat, beg beg semua sudah siap dimasukkan daripada malam tadi. Tak adalah kelam kabut nanti. Pagi tuh terjumpa haidatul tengah tunggu Farah nak pergi sekolah sama sama. Sumpah aku rasa macam nak ikut dia orang sekali pergi sekolah. Mata sudah mula berkaca dan tak lam lagi akan keluar. Aku dapat salam haidatul farah dengan umi, masa th dah mula air mata dah jatuh kat pipi. Cepat cepat aku kesat dan terus pandang belakang dan hanya lambai tangan tapi tak menghadap *faham tak?haha. Yela, takut kalau pandang, boleh meraung aku kat situ sebab tak tahan. Aku sempat cakap kat haidatul suruh dia kirim salam kat semua kawan kawan. Mohon dia tidak lupa.
Sampai kat highway dah mula jalan jam, adesss. Segan pulak takut datang lewat nanti. Abah dah mula bising sebab siap lambat -,- buat angin aku jadi down tau. Macam dah tak ada semangat. Time macam ni lah kredit dah habis. Nak mesej HAKIMI. Emak punya sporting siap bagi phone dia kat aku suruh aku mesej dengan HAKIMI, haha, emak emak. Aku pun tak kan nak lepas kan peluang yang ada, capai phone terus mesej. Lega rasa hati tetapi tak tahan nak tahan menangis, mesti kena nangis. Alhamdulillah dia balas, mulah tersenyum seorang seorang macam kerang busuk. Semangat mula ada pada diri *cewahhh. 2 jam baru sampai.
Hati rasa berdebar bila dah jejak kat sekolah orang ni. Mana tak nya, aku orang selangor, bukan orang perak. Terasa macam orang pendatang asing je. Malu tu aku tutup untuk berapa jam untuk biasa kan diri yang aku akan duduk di sini selama 4tahun lamanya. Pukul 2 petang dah kena masuk dewan untuk guru guru bagi ucapan bagi budak budak baru. Emak hantar aku sampai ke dewan. Sebelum tuh aku tidak lupa, mesti lah kena salam abah, mak, along, ira, tea. Mereka akan balik sekejap lagi selepas emak hantar aku kat dewan. Rasa sebak tetapi aku tahan sebab aku nak masuk dewan sekejap lagi, malu pulak kalau orang tengok. Rasa sedih itu aku simpan dalam hati.
Malam masa nak tidur aku mula nangis sekuat mungkin. Aku tutup daripada kepala sampai hujung kaki. Mata aku ditutup dengan teddy yang sedia menemani aku bagi orang sangkakan yang aku sudah tidur walhal aku sedang menangis, meraung, menjerit dalam hati. Malam tuh aku rasa nak balik, rasa menyesal tak ikut emak balik tadi. Terkenang wajah emak dengan abah, adik beradik, kawan kawan dan cinta aku. Wajah mereka memang sentiasa melekat kat dalam fikiran aku waktu itu sehinggakan aku rasa macam nak balik jalan kaki balik rumah. Semua perkataan aku keluarkan bagi lega rasa hati dan dapat tidur dengan tenang. Tertidur lah aku wahai Mariah Nasoha...............
