saya selalu tunggu mesej masuk dari awak SHABIR AKRAM.

terjumpa someone yang aku cintai dahulu kala.

Pagi yang memenatkan sebab tak sempat aku nak rehatkan fikiran, 4 pagi baru dapat tidur dengan lenanya. Lihat tajukku, wahhh terase semangat nak tulis niii *excited :D haaa, tunggu, aku ceritakan nanti. Pukul 9.00 pagi siap siap sebab dah janji dengan kawan nak pergi jalan. Sunway je tempat yang dekat, huhu. Kami pergi dua orang jee tau *cedihhh. Kali ni aku ajak kawan aku yang dekat sekolah Alam Megah (: yang lain semua tak dapat ikut sebab dah pergi semalam. okay takpe. Aku main bantai je pakai baju apa, Kali ni wa pakai seluar tak pakai kain, haha. aku kenakan dengan beg besar gedabak yang baru beli untuk sekolah sebenarnya tapi hmmm pakai jelah, buat apa nak sayang. Gerak dari rumah pukul 10.30 sebab dah janji punya pasal. Kalau tak mahu aku pergi pukul 12.00 boleh sambung tidur lagi sikit, tapi tak apa lah demi kawan yang dah beribu tahun dahulu tak jumpa *tidak ikut nafsu.

Aku naik teksi sensorang, walaupun tak biasa tapi aku dah biasa seorang diri memberanikan diri dan melatih diri, haha, tak lawak pun -,- Bila dah sampai aku suruh pakcik teksi berhenti dekat bus stop, pada mulanya dia mahu hantar kat depan depan pintu gerbang. Cepat cepat aku bantah seperti di makamah. Aku tidak mahu diturunkan disitu, ada jugak rasa segan, takut orang cakap apa lah kat aku dan tidaklah rasa diri ini lalu di carpet merah. seperti VIP. Sempat jugak aku ke tandas buat apa yang patut sementara tunggu kawan aku. Masih tak datang dan akhirnya dia telefon cakap 'tunggu kat wayang'. Yeahhh tengok wayang :D Sebenarnya nak save duit sebab pinjam duit mak, duit aku tertinggal dekat kampung alasan aku. Nasib mak kasi kalau tidak aku nak pergi macam mana kalau takde duittttt. Huh. Punya lah lama tunggu, tapi kalau dah excited sangat nak jumpa kawan penat pun tak rasa tau. Dalam hati aku sempat fikir *muka qiela dah berubah ke? sebabnya dah lama tak jumpa dia sebenarnya.Manalah tahu kut kut muka dia dah berubah taupun dia dah tak kenal muka aku.

Mata aku lirik ke asculator *entah apa ejaan dia* untuk pastikan aqiela nampak aku. Sedang dia carik aku boleh jugak aku sergah dia. Tapi tidak menjadi sebab dia dah nampak aku dulu, haihhh. Ahhhhhhh, rindu gila kat dia. Tak apa lah walau pun kami berdua, tapi best jugak. Senang nak kemana, kalau ramai takut seorang nak kesana seorang nak kesini, hehe. Nasib dah sarapan pagi tadi, jadi tak adalah lapar sangat. Tapi qiela lapar, kami pergi makan hot n roll memandangkan aku pun teringin sangat nak makan benda alah tuh. Buat alas perut jee, satgi nak makan lagi kan. Sempat jugak aku melirik mata dengan orang sebelah kami sebab handsome, macam cina tapi tak tahu lah. Terus jalan dan jalan, tangkap gambar :D

Aku sebenarnya tak mahu beli baju tapi qiela cakap kalau aku tak beli baju dia pun taknak beli baju. Sebab nya kalau beli 1 rm29.00 tapi kalau beli 2 rm50. Mulanya aku tak beli tapi ada jugak baju yang lawa, bantai jelaa. Okay dah dapat satu, jalan punya jalan ternampak selendang yang lawa gila, warna hijau, alahaii, beli jelaa. Menggigil jugak rasa nak keluarkan duit, haihhh.

Suddenly, kawan aku nampak muhammadkhairulariffinbinadam nama yang masih bersemad dalam hati aku dan tak pernah pudar sebab dia cinta pertama aku dahulu kala. Alahaiii rindunya dengan kau, tapi macam mana aku boleh tak nampak kau. Dua kali kawan aku boleh nampak kau tapi aku tak nampak. Aku sendiri pun pelik. Tak apa lah, nanti nanti jumpa jugak sebab satu sunway. Melainkan dia nampak aku then dia terus balik, haha. Pergi Mcd qiela taknak makan dia nak beli ais cream shake yang macam, macam mana haa, macam tuh jelaa. Try beli sebab first time nak rasa. Sedap laa jugak, sebenarnya motif aku beli sebab nak hilangkan rasa haus, tapi bila makan shake tuh lagi bertambah haus. Panas je hati.

Panjang lagi karangan aku nak tulis, ahh aku punya blog kalau dah bosan tokseh baca. Kalau nak baca tak marah tak kisah :D muah muah. Kawan aku balik pukul 3.30 petang ): cepatnyaa~ dia ada ajak sekali naik dengan dia tapi aku tolak. Lagipun nasib aku tak naik sebabpenuh, lagi satu aku takut menyusahkan mak bapak aqiela je. Aku pun mula jalan dalam tuh seorang seorang, sebab dah biasa bagi aku jalan seorang. Perut teringin nak makan Tutti Fruity, then pergi ajelah sane. dah timbang semua tak ada tempat duduk ): terpaksa makan sambil jalan jalan. Keluar dari Tutti Fruity ada jugak nampak kawan khairul afiffin tapi dia nya takda, entah mana perginya. Berharap dapat jumpa dengan dia sebelum balik.

Kaki mula penat lalu aku duduk di bangku tepi asculator. Duduk menghadap bawah betul betul hadap dekat bawah. Sedap sedap makan ada sepasang kekasih nii duduk di sebelah aku, aku pun ketepikan barang barang aku. Takkan aku tidak kasi dia orang nak duduk kut, kejam namanya. Makwanya pun tengah makan benda yang sama aku makan. Tak boleh jadi nii, haha. Sedang enak enak aku nikmati benda aku makan tadi, tiba tiba ada satu kelibat macam aku pernah kenal. Rupa rupanya tekaan aku betul. Orang yang bermain di fikiran aku kini muncul depan mata. Dia tengah nak naik asculator. Dia membuat aku terbatuk kuat, sebenarnya terkejut sebab macam tak percaya nampak dia, nasib baik tak tersembur kalau tidak merah muka aku tahan malu. Tidak tahu dia nampak ke tidak, malu rasanya. Aku terus lari dan ke tandas. Mesti dia fikir aku ni sombong. Aku rasa dah macam cerita dekat novel pun ada, aku rasa lah. Haha.

Tepat pukul 5.00 petang aku keluar dari tempat itu dan carik teksi kat bus stop. Boleh pulak aku dah keluar  pakwe aku dah sampai sana, bengang betull. Dah terlambat cik abang, saya dah nak balik dah. Cukup untuk hari ini aku bercerita. Tak menarik lansung cerita aku. Dan aku tulis untuk suka suka.

ASSALAMUALAIKUM