Sebenarnya tiada idea mahu pergi jalan mane esok. Tang tang adik aku yang sorang nii nak pergi sunway. Habis, comferm jelah lagipun takde apa ape nak buat kat rumah. Duduk rumah nombor satu aku menghadap tv goyang kaki gentel jari kaki, memang hobi aku selalunya. Budak jarang keluar lepak dengan kawan kawan. Malam sebelum pagi, pagi sebelum malam, haihh mane satu niii, tapkela dua dua pun boleh. Malam tuh mesti la kene carik baju siap siap, yela mane tahu esok terlambat bangun pagi dengan baju belum siap last last tak pergi. Dah siapkan baju kain selendang, gantung, sampai aku berebut baju dengan adik aku yang sorang ni. Nasib aku pandai pujuk, aku tunjuk baju yang lain, aku cakap jee 'baju ni cantik kalau kau pakai, memang cantik pun'. Akhirnya adik aku mengalah (; kuang kuang, aku takkan mengalah selagi aku mampu.
Bangun pagi terus masuk tandas dengan muke bangang, yela aku masuk tandas first first, adik dengan kakak aku masih tidur. Lepas semua siap cepat cepat kami turun nak dapatkan teksi, takut teksi dah takde. Sampai sane terus beli tiket wayang cerita 'Life Of Pi'. Masuk pukul 12.00. Cerita dia best laa jugak, banyak terkejut adalah. haihh nasib jantung masih kuat. Haa, ada lagi satu, boleh pulak time aku dengan adik ade dah sedap duduk makan popcorn tiba tiba ade pasangan nii datang kat tempat kiteorang, haihh mesti kiteorang salah tempat. Rupa rupanya tempat kiteorang kat belakang. Yang cine nii pergi amik tempat kiteorg. Malu tak malu kena lah bangun jugak. Blushing dah muke aku time tuh, malu punya pasal.
Time ni je sempat kami bergambar, sekarang penat je yang melanda. Salam sayangku mariah ((: